PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA KARNIVAL HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN JERLUN 2024

najmi 29/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA KARNIVAL HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN JERLUN 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS
Lokasi
JERLUN, KEDAH

Penerangan

26 Oktober 2024- Ayer Hitam, Jerlun. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena Karnival Hari Alam Sekitar Peringkat Parlimen Jerlun 2024. Unit Pendidikan telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar seperti larangan pembakaran terbuka, pengurusan buangan terjadual, kawalan pelepasan daripada enjin diesel dan petrol serta pengurusan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) secara lestari. Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini. Antara aktiviti yang turut diadakan sempena karnival ini antaranya Jerlun Fun Ride “Cintai Alam Sekitar”, gotong-royong perdana “Sayangi Alam Sekitar”, pertandingan memasak, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar. Seramai 150 orang penduduk setempat hadir bagi memeriahkan karnival tersebut. JAS Negeri Kedah sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha kerajaan negeri dalam menyebarluas kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya kepada masyarakat di Negeri Kedah.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan