Penerangan
PENGERANG, 22 Oktober 2024 - Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan JAS Cawangan Pengerang telah menyertai sesi tabletop latihan kecemasan "Ex-Jerung 2.0". Latihan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan responsif pihak-pihak yang terlibat dalam menghadapi insiden kecemasan yang tidak diingini terutama tumpahan minyak. Latihan ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan terlibat iaitu Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan (JLMWS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Perbandaran Pengerang(MPP) dan lain-lain. Selain itu, latihan ini juga turut disertai oleh beberapa syarikat minyak dan gas dan syarikat penyedia perkhidmatan melawan tumpahan minyak di sekitar Pengerang.