Penerangan
Jumaat, 10 Mei 2024 - JASWPL menerima aduan pada jam lebih kurang 11.00 pagi mengenai tumpahan minyak hitam di laut yang menjejaskan hasil tangkapan ikan para nelayan selain kerosakan pukat.
Pasukan penguatkuasa JAS WPL melalui Unit Kontigensi telah bergegas ke lokasi bagi menyiasat tumpahan minyak tersebut. Pasukan penguatkuasa telah berjumpa dengan pengadu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Siasatan JASWPL bersama APMM ke kawasan perairan WPL berdekatan kampung Rancha-Rancha, WPL mendapati terdapat lapisan minyak @ oil sheen di permukaan air di kawasan bagang dan pukat, WPL. Tiada sebarang minyak hitam ditemui di kawasan tersebut. Siasatan mendapati, terdapat sekumpulan kecil ikan bilis mati di dalam pukat. Rondaan laut yang dijalankan mendapati tiada sebarang penemuan punca tumpahan minyak.
Pesampelan rasmi telah dijalankan untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui sistem www.eaduan.doe.gov.my atau talian pejabat JAS 087-408772 atau Whatsapp Aduan JAS 0102708772.
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"