PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

TEMUBUAL DAN PENGGAMBARAN BERSAMA PARA PELAJAR SMK MUTIARA, W.P. LABUAN BERKAITAN PENCEMARAN AIR DAN UDARA DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

SMK MUTIARA WP LABUAN 10/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TEMUBUAL DAN PENGGAMBARAN BERSAMA PARA PELAJAR SMK MUTIARA, W.P. LABUAN BERKAITAN PENCEMARAN AIR DAN UDARA DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2024
Organisasi
SMK MUTIARA WP LABUAN
Lokasi
PERPUSTAKAAN JAS WP LABUAN

Penerangan

10 MEI 2024, Pejabat JASWPL - JASWPL telah mendapat kunjungan daripada SMK Mutiara, WPL bersama 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring pada jam 3:00 petang di Pejabat JASWPL. Kunjungan ini bertujuan untuk membuat video pertandingan kreatif TV PSS peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024. Temubual dan penggambaran ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai punca pencemaran air dan udara serta langkah-langkah untuk menangani pencemaran air dan udara bersama JASWPL. JASWPL juga menyatakan kompaun dan denda yang akan dikenakan sekiranya sabit kesalahan dan menyebabkan pencemaran air dan udara. Adalah diharapkan agar peringatan ini dapat mencegah orang awam supaya tidak melakukan pencemaran air dan udara. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Mutiara, WPL di atas kunjungan yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan