PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

TEMUBUAL DAN PENGGAMBARAN BERSAMA PELAJAR SK PATAU-PATAU, W.P. LABUAN BERKAITAN PENCEMARAN AIR DAN UDARA DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

SK PATAU-PATAU WP LABUAN 16/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TEMUBUAL DAN PENGGAMBARAN BERSAMA PELAJAR SK PATAU-PATAU, W.P. LABUAN BERKAITAN PENCEMARAN AIR DAN UDARA DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2024
Organisasi
SK PATAU-PATAU WP LABUAN
Lokasi
PERPUSTAKAAN JAS WP LABUAN

Penerangan

16 MEI 2024, Pejabat JASWPL - JASWPL telah mendapat kunjungan daripada SK Patau-Patau, WPL bersama seorang pelajar dan 2 orang guru pengiring di Pejabat JASWPL. Kunjungan ini bertujuan untuk membuat video pertandingan kreatif TV PSS peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024. Temubual dan penggambaran ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai punca pencemaran alam sekitar serta usaha gigih & tindakan JASWPL untuk menangani pencemaran alam sekitar. JASWPL menerangkan akan kompaun dan denda yang akan dikenakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya sekiranya sabit kesalahan khususnya yang memberi impak negatif kepada alam sekitar. Adalah diharapkan agar peringatan penting ini dapat mencegah orang awam dari melakukan pencemaran alam sekitar. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SK Patau-Patau, WPL di atas kunjungan yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan