Penerangan
15 Mei 2024, Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha, W.P . Labuan - Unit Pengawasan JASWPL telah menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air Tanah di 1 Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Asian Supply Base, Rancha-Rancha, W.P. Labuan.
Bagi memastikan kualiti air tanah yang komprehensif maka persampelan air tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis. Aktiviti persampelan ini dijalankan adalah untuk memantau tahap kualiti air tanah dalam pengawalan punca-punca pencemaran alam sekitar melalui pemantauan secara berkala yang dirancang bagi tahun 2024.