Penerangan
Sukacitanya dimaklumkan bahawa JASWPL dengan kerjasama Perbandanan Labuan, telah mewujudkan Pusat Pengumpulan E-Waste yang terletak di Stesen Teksi, berhadapan dengan bangunan UTC W.P. Labuan.
Pada sepanjang bulan Mei 2024, sebanyak 446.9 Kg E-Waste telah berjaya dikumpulkan.
Orang ramai disarankan untuk membuang sisa buangan elektrik dan elektronik terpakai isi rumah (Household E-Waste) ke dalam tong RORO yang telah disediakan secara teratur.
Peringatan:
Hanya E-Waste terpakai dari isi rumah sahaja yang dibenarkan. Aset KERAJAAN mahupun INDUSTRI hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuang sampah ke dalam tong RORO yang telah disediakan.
Sekian terima kasih.
"ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA"