Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JEMPUTAN PERBINCANGAN PROGRAM “ISLAND CLEANING EXPLORACE (ICE)” BERSAMA-SAMA DENGAN UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL) DAN JABATAN ALAM SEKITAR (JASWPL)
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- UMSKAL & JAS WP LABUAN
- Lokasi
- BILIK MESYUARAT JAS WP LABUAN
Penerangan
24 April 2024, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL)- JASWPL telah menerima kunjungan hormat oleh UMSKAL untuk perbincangan mengenai program “Island Cleaning Explorace (Ice)” yang akan dilaksanakan pada Jun 2024.
UMSKAL memohon kerjasama dengan JASWPL untuk membantu pelaksanaan program tersebut.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan di kawasan pantai dan persekitaran marin. Selain dapat menjalin kerjasama strategik antara pihak universiti, agensi luar dan komuniti setempat.
Program ini turut memberi fokus kepada para belia di Wilayah Persekutuan Labuan.
JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UMSKAL, WPL di atas kerjasama dan usaha murni bagi menjayakan program tersebut demi kelestarian alam.