PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan

RONDAAN PANTAI, OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, DAN PENCEGAHAN PUNCA PENCEMARAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

JAS WP LABUAN 30/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PANTAI, OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, DAN PENCEGAHAN PUNCA PENCEMARAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2024
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 30 Mac 2024 - JASWPL komited dalam memastikan keadaan persekitaran di negeri ini berada dalam keadaan kondusif. Pasukan penguatkuasa telah menjalankan Rondaan Pantai, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka dengan memfokuskan beberapa kawasan berisiko tinggi terbakar. Memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di sini berada pada tahap sederhana, penduduk telah diarah untuk tidak melakukan pembakaran terbuka. Tiada aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan semasa rondaan namun terdapat dua kes kebakaran hutan yang masih aktif. JASWPL turut menjalankan rondaan bagi mengenalpasti punca-punca yang berisiko menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Pihak pemain industri diingatkan agar mematuhi Akta 127 pada sepanjang masa. Orang ramai diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta 127 dan sekiranya sabit kesalahan maka denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau 087-408772 (JAS WP LABUAN) atau emel ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan