PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

JAS WP LABUAN 11/03/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Tahun
2024
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

11 MAC 2024, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka yang diterima. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPL menjumpai kesan-kesan pembakaran di kawasan yang diadu iaitu di kawasan tanah perkuburan. Pamplet mengenai larangan pembakaran terbuka telah diedarkan kepada penduduk di kawasan yang berhampiran dengan lokasi pembakaran terbuka. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun. JASWPL sentiasa komited melakukan pemantauan secara berterusan melalui Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui dua saluran berikut: Talian Bebas 087-408772; Talian Hotline 010-2708772 Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan