Penerangan
19 MAC 2024, W. P. LABUAN - Jabatan Alam Sekitar W. P. Labuan telah menjalankan rondaan laut secara bersepadu bersama-sama dengan APMM W. P. Labuan di sekitar perairan Pulau W.P. Labuan. Pemeriksaan ditumpukan mengikut bidang kuasa agensi berkaitan khususnya di bahagian yang berpotensi berlakunya pencemaran laut.
Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pengendalian perkapalan di laut agar tidak melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia secara wewenang.
Berdasarkan Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sekiranya sabit kesalahan maka seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya.
Semua pihak adalah diminta supaya tidak melakukan pencemaran alam sekitar dan memberi informasi berkaitan kepada JAS untuk membanteras jenayah alam sekitar.