Penerangan
19-20 OKTOBER 2024
DATARAN PANTAI CENANG LANGKAWI
Karnival Lestari Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN 2024) merupakan satu penganjuran oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang merupakan satu program yang dirancang dan dilaksanakan untuk menyemarakkan kecintaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara aktiviti sisipan adalah pengumpulan e-waste, pameran agensi, petting zoo dan pemeriksaan kesihatan.
Karnival telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES dan turut diiringi oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato' Wan Abdul Latiff Wan Jaffar. Karnival turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi dan Ketua-ketua Jabatan, Agensi dan wakil.
Karnival ini turut menyaksikan penyampaian penerima anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2023/2024 Peringkat Kebangsaan kepada 30 sekolah yang menang dalam pelbagai kategori.