Oleh najmi · 30/10/2024 · 0 paparan
22 Oktober 2024 - Langkawi, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Rakan Strategik Masterjaya Greentech Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan Program Coral Rack Planting (1 RAS 1 Terumbu Karang) di Pulau Jemuruk, Langkawi, Kedah. Objektif penganjuran program ini adalah bagi menyokong usaha pembiakan terumbu karang di sekitar perairan Teluk Yu sehingga ke Kubang Badak. Terumbu karang di seluruh dunia boleh terancam akibat kesan pencemaran dan aktiviti harian manusia serta terdedah kepada ancaman perubahan iklim. Kawasan terumbu karang juga menjadi nurseri serta tempat pembiakan ikan dan lain-lain hidupan laut. Ianya juga salah satu usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar di samping memupuk kesedaran awam mengenai pentingnya penjagaan ekosistem marin sebagai warisan untuk generasi akan datang. Seramai 100 orang Rakan Alam Sekitar (RAS) telah terlibat menjayakan program ini yang terdiri daripada Rakan-rakan Alam Sekitar, wakil industri , agensi kerajaan, NGO di sekitar Langkawi serta pegawai-pegawai JAS. Sebanyak 500 spesis terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora telah berjaya dibiak semula ke habitat semulajadi di sekitar perairan berhampiran Pulau Jemuruk, Langkawi Kedah dalam program ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup