Penerangan
26 Mac 2024, WP Labuan - KASLAW melaksanakan program pengagihan bubur kacang kepada pelanggan, agensi kerajaan dan juga orang ramai.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Zulfadzli bin Zakaria, BCK., MY-CISEC selaku penaung KASLAW. Selain itu, hebahan kepada orang ramai turut dilakukan agar tidak melakukan pembakaran terbuka supaya kualiti udara di Wilayah Persekutuan Labuan terus terpelihara dan lestari.