WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 24 Mac 2024 - JASWPL komited dalam memastikan keadaan persekitaran di negeri ini berada dalam keadaan kondusif.
Pasukan penguatkuasa telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dengan memfokuskan beberapa kawasan berisiko tinggi terbakar. Memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di sini berada dalam tahap sederhana, penduduk telah diarah untuk menghentikan pembakaran terbuka dan memadamkan aktiviti tersebut dengan serta-merta.
JASWPL mengambil inisiatif melakukan hebahan secara “Info On Wheels” (IOW) di beberapa kawasan strategik berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara.
Orang ramai diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKTA 127 dan sekiranya sabit kesalahan maka denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00.
Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau 087-408772 (JAS WP LABUAN) atau emel ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my