Penerangan
17 Februari 2024, W.P LABUAN - JASWPL telah melakukan pemeriksaan pada hari ini di Kawasan Industri Rancha-Rancha, WP Labuan.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Tindakan tegas yang sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah alam sekitar dengan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.