Penerangan
19 Februari 2024, WP LABUAN - Program pengawasan kenderaan motor dijalankan di Jalan Patau-Patau, W. P Labuan.
Program ini bertujuan untuk memastikan pengawalan pelepasan asap hitam dari kenderaan motor daripada enjin petrol dan diesel sepertimana yang termaktub di dalam Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996.
Sebarang bentuk aduan mengenai pencemaran alam sekitar boleh menghubungi kami untuk sebarang aduan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian WhatsApp 010-270 8772 atau 087-408772.