Penerangan
JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) telah mengambil inisiatif membuat rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di sekitar WP Labuan. Rondaan ini dilakukan secara berterusan bagi memastikan kualiti udara di WP Labuan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
JASWPL mengingatkan masyarakat bahawa sebarang aktiviti pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan setiap kesalahan bagi pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun sehingga RM2000 maksimum.
Oleh itu, JAS WP Labuan menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk melaporkan sekiranya terdapat maklumat mengenai sebarang pencemaran dan juga aktiviti pembakaran terbuka, melalui laman web eaduan.doe.gov.my.