Penerangan
18 Januari 2024 – Malaysian Energy Chemical and Services Sdn Bhd (MECAS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar W. P. Labuan dan beberapa agensi berkepentingan yang lain telah menganjurkan Program Latihan Kebakaran & Tumpahan Minyak berskala penuh. Program ini diadakan di MECAS, Warehouse, Kg. Sg. Keling, WP Labuan.
Senario situasi kecemasan yang dilakukan oleh pihak syarikat bagi memberi pendedahan dan kesiap-siagaan sekiranya berlaku kes bencana pada skala yang besar.
Selain itu program ini menilai dan memperbaiki respons pekerja ketika menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran dan tumpahan bahan kimia berbahaya yang berlaku di tempat kerja. Program berkenaan turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).