25 Januari 2024, W.P. Labuan - JASWPL telah menjalankan penguatkuasaan Ops Gempur Bil:1 / 2024 di sebuah premis yang menjalankan aktiviti jual beli barangan lusuh (besi, aluminium dan tembaga). Ops gempur ini melibatkan penggunaan peralatan dron untuk menjejaki sebuah premis yang menggunakan tapak miliknya sebagai Premis Yang Ditetapkan iaitu suatu Kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak dan Kemudahan Penstoran Luar Tapak Buangan Terjadual tanpa lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Arahan Lapangan dan Notis Arahan telah dikeluarkan supaya pihak premis melaksanakan pembetulan segera.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) turut dikenakan ke atas premis yang berkaitan bagi menyekat penerimaan buangan terjadual dan pelupusannya dibuat ke Premis Yang Di Tetapkan (Buangan Terjadual). Selain itu, JASWPL akan membuka satu Kertas Siasatan bagi tindakan pendakwaan selanjutnya.
JASWPL akan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana premis yang tidak mematuhi AKAS, 1974.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi AKAS, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa.
Orang ramai adalah digalakkan untuk menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, emel ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.