Penerangan
29 Januari 2024, JASWPL- Para pegawai dan kakitangan JASWPL telah menghadiri Seminar Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian Dalam Pembangunan Modal Insan Kearah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi dan Program Bicara Tanpa Rasuah Alam Sekitar kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan JASWPL.
Seminar tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula dari 29-30 Januari 2024 bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan mental dalam perkhidmatan awam serta aspek integriti yang perlu diamal dan dihayati semasa menjalankan tugas sebagai penjawat awam.
Seminar tersebut telah disampaikan oleh Puan Khatijah bt Abd Wahid, Pegawai Psikologi, Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Encik Ahmad Syamil bin Ahmad Suhaimi, Penguasa Kanan, SPRM.
Adalah diharapkan agar program ini dapat memupuk nilai integriti yang tinggi serta memelihara kesihatan mental di kalangan penjawat awam.