PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan,— Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR - SEPANG

normuhamad 25/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR - SEPANG
Tahun
2024
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SEPANG

Penerangan

19 Oktober 2024 (Sabtu), Sepang – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan Salak Tinggi, Kota Warisan, Jalan Labohan Dagang- Nilai, Bukit Changgang RTB, Kawasan Perindustrian Wisma Lion Steel, Olak Lempit, Kompleks Perabot Olak Lempit, Kawasan Perusahaan Olak Lempit 2, Jalan Banting- Semenyih, Dengkil, Sungai Melut dan Kota Warisan. Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa premis yang beroperasi dan tidak beroperasi pada hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sekitar kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan