PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan,— Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR - SHAH ALAM

normuhamad 25/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR - SHAH ALAM
Tahun
2024
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM SELATAN

Penerangan

20 Oktober 2024, Shah Alam Selatan – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan perindustrian dan komersial sekitar Shah Alam Selatan iaitu Seksyen 14, Padang Jawa, Seksyen 16, Alam Impian, Sungai Kandis, Seksyen 36, Kota Kemuning, Seksyen 29 dan Kampung Lombong. Hasil pemantauan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi. Tiada aktiviti pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di di sekitar kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan