PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

PROGRAM ‘ENVIRO HIKING’ BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR DI HUTAN SIMPAN KOMUNITI KOTA DAMANSARA

normuhamad 25/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM ‘ENVIRO HIKING’ BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR DI HUTAN SIMPAN KOMUNITI KOTA DAMANSARA
Tahun
2024
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA

Penerangan

19 Oktober 2024 (Sabtu), Kota Damansara - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama TNB Renewables Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menganjurkan program berkenaan bertempat di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara. Program ini merupakan antara program sisipan yang dijalankan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Selangor dan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pemeliharaan alam sekitar, memupuk semangat cintakan alam sekitar dan kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta. Program ini melibatkan 40 orang peserta. Semoga inisiatif ini dapat menggalakkan penyertaan pihak industri/ swasta/ korporat dan lain-lain pihak dalam menyokong usaha-usaha berkaitan kesedaran alam sekitar selaras dengan komitmen di bawah amalan ‘Environmental, Social and Governance (ESG)’

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan