21 OKTOBER 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gempur Bil 10/2024 ke atas Premis-premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) dan Premis Yang Ditetapkan (PYDT) pada 15hb dan 16hb Oktober 2024.
Operasi Gempur tersebut telah melibatkan seramai 17 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 12 premis telah diperiksa dalam tempoh tersebut. Tindakan arahan di lapangan, notis arahan dan kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka