21 OKTOBER 2024, MELAKA TENGAH, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka diketuai oleh Puan Hazereen Binti Mohammad, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Melaka disertai pegawai kawasan berkaitan telah menjalankan operasi bersepadu bersama agensi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ke premis Loji Rawatan Kumbahan, Indah Water Konsortium (IWK) di Kawasan Perindustrian Malim Jaya, Melaka pada 16 Oktober 2024.
Operasi bersepadu juga telah dijalankan bersama Bahagian Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pada 17hb Oktober 2024 terhadap kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka kerana terdapat aduan berulang berkaitan pencemaran udara dari kawasan perindustrian tersebut.
Kedua-dua operasi tersebut telah dijalankan bagi melihat pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Orang ramai diminta untuk menyalurkan aduan dan maklumat pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka