Penerangan
14 Oktober 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah dijemput untuk menghadiri Program Kelestarian Alam Sekitar sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Program ini dianjurkan oleh NSCI Bahau sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Tahun 2024 dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.