PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

JAS PULAU PINANG SERTAI PROGRAM KECERIAAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI BANDARAYA 2024

kaswadi 25/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG SERTAI PROGRAM KECERIAAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI BANDARAYA 2024
Tahun
2024
Organisasi
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
Lokasi
TAPAK PARKIR ROBINA ECO PARK,BUTTERWORTH,PULAU PINANG.

Penerangan

BUTTERWORTH , 6 Oktober 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menyertai Program Keceriaan Alam Sekitar bersempena sambutan Hari Bandaraya 2024 anjuran pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).Program ini berlangsung di Robina Eco Park. Majlis perasmian dan flag-off program telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Seberang Perai, YBhg Dato' Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid. Turut hadir memeriahkan acara ialah Setiausaha Bandaraya, YBrs. Tuan Mohd Ibrahim bin Md. Nor, Ahli-ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP, Tuan Ahmad Zabri bin Mohamed, serta Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kesejahteraan Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tuan Mohd Hafiz bin Sulaiman. Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa sekolah yang terlibat dalam Program Sekolah Hijau anjuran MBSP. Selain itu, syarikat-syarikat seperti Arus Oil, GRN Industries Sdn Bhd, Greenviro Solutions Sdn Bhd, Miraico Sdn Bhd, serta Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) turut mengambil bahagian dalam usaha menyemarakkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar. Salah satu aktiviti utama yang dijalankan ialah plogging di sepanjang pantai Robina, yang berjaya mengumpulkan sebanyak 630 kilogram sampah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak, sekaligus memperkukuhkan usaha untuk menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan