Kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009.
BUTTERWORTH, 03 OKTOBER 2024 -
Sebuah syarikat pembuatan elektrik dan elektronik telah didenda RM 40,000.00 kerana telah membuang efluen perindustrian iaitu parameter Tembaga(Cu) dgn kepekatan 9.3 mg/l melebihi had yg dibenarkan di bawah Standard B iaitu 1.0 mg/l ke perairan pedalaman. Pertuduhan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian)2009.
OKS telah diwakilinya Pengurus Besar telah mengaku salah di hadapan hakim Y.A Puan Noor Aini Binti Yusof di Mahkamah Sesyen 2, Butterworth.
Orang awam dan pemain industri adalah diingatkan agar tidak melakukan sebarang jenayah alam sekitar. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar atau pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]