Penerangan
16 OKTOBER 2024, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan penguatkuasaan AKAS 1974 ke atas premis pembuatan produk logam di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
Premis didapati tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 & Seksyen 49A yang terkandung di dalam AKAS 1974.
Tindakan penguatkuasaan Notis Arahan & Kompaun akan diberikan kepada premis ini.
Amaran tegas diingatkan kepada pihak industri bahawa Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Johor akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pihak industri mematuhi AKAS 1974 & Peraturan-peraturan dibawahnya.