PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

SIMPOSIUM JUBLI EMAS 50 TAHUN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 "PENGURUSAN AIR DAN MARIN KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR"

rosmanyah 21/10/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIMPOSIUM JUBLI EMAS 50 TAHUN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 "PENGURUSAN AIR DAN MARIN KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR"
Tahun
2024
Organisasi
Bahagian Air dan Marin dan Kelab Kebajikan dan Sukan JAS (KESAS)
Lokasi
Hotel Sama-sama, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Penerangan

Tarikh: 30 September-1 Oktober 2024 Program ini telah dirasmikan oleh: YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, manakala, majlis penutup simposium ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Alam Sekitar. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh JAS dalam dimensi yang unik dan pelbagai dalam memberi impak yang positif kepada pemegang taruh dan masyarakat. Sehubungan itu, program simposium selama dua hari ini telah pendedahan secara menyeluruh berkenaan pengurusan air dan marin bermula dengan aspek pengawasan kualiti air negara beserta strategi ke arah kelestarian air dan marin untuk satu tadbir urus yang terbaik. Penyertaan: lebih kurang 400 orang peserta daripada Kerajaan, agensi swasta, perunding EIA, ahli akademik dan penglibatan individu yang turut menunjukkan komitmen dan tanggung jawab bersama dalam pengurusan air dan marin ini. Pengisian program simposium ini melibatkan: pembentangan sebanyak 15 tajuk berkaitan tadbir urus pengurusan air dan marin yang dilaksanakan oleh agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri dan pihak industri. Selain itu sebanyak sepuluh (10) pempamer turut terlibat sepanjang simposium ini berlangsung.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan