Penerangan
Tarikh: 29 hingga 31 Julai 2024.
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan
Perasmi: Y.Brs. En. Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air & Marin, JAS.
Kehadiran Peserta:
Seramai 41 peserta telah menghadiri sesi libat urus kali ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri seperti Selangor dan Johor. Kehadiran peserta daripada luar JAS adalah daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak (NREB), PETRONAS, Maritime Institute of Malaysia (MIMA), SGS (M) Sdn. Bhd, Eurofins NM Laboratory Sdn. Bhd., Bintulu Port Holdings Berhad, Chemsains Consultant Sdn. Bhd., Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Petron Malaysia Refining and Marketing Berhad dan pihak perunding.
Objektif utama sesi libat urus: untuk membincangkan, menyemak dan memberikan input serta maklumbalas kepada beberapa draf output dan Laporan Akhir yang dikemukakan oleh pihak perunding.