Penerangan
PROGRAM SEMINAR MALAYSIA MADANI SESI PERKONGSIAN ILMU PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT DAN KAWASAN LAIN YANG BERISIKO KEBAKARAN ANJURAN JABATAN ALAM SEKIAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024
20 Julai 2024, Dewan Refflesia Kompleks Ujana Kewangan, W. P. Labuan – JASWPL telah mengadakan Program Seminar Malaysia Madani Sesi Perkongsian Ilmu Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Dan Kawasan Lain Yang Berisiko Kebakaran Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 pada 20 Julai 2024 bertempat di Dewan Refflesia Kompleks Ujana Kewangan, W.P. Labuan.
Seminar ini yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd Ismail, Ketua Esekutif Perbadanan Labuan dan telah dihadiri seramai 150 orang peserta.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk sesi perkongsian ilmu mengenai Larangan Pembakaran Terbuka di Malaysia oleh Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA, selaku Pengarah JASWPL, Encik Nasrullah Bin Attu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan yang membentangkan tajuk tentang Keselamatan Kebakaran.
Selain itu, sesi pembentangan ke-3 iaitu Kesan Pencemaran Udara Terhadap Kesihatan Manusia telah diberikan oleh Dr Nuramalina Izzati Binti Nazaruddin selaku Pegawai Perubatan UD43 di Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Adalah diharapkan agar program ini bermanfaat demi memastikan kelestarian alam sekitar di W.P. Labuan kekal terpelihara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_julai_2024