Oleh mansah · 30/07/2024 · 1 paparan
PROGRAM CERAMAH KESEDARAN PERUBAHAN IKLIM DAN PAMERAN ALAM SEKITAR DI DEWAN SERBAGUNA JABATAN KESIHATAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2024 BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN (JASWPL) 30 Julai 2024, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – JASWPL telah dijemput menyampaikan ceramah mengenai kesedaran tentang perubahan iklim dan pameran alam sekitar pada peringkat WPL di Dewan Serbaguna Jabatan Kesihatan W.P. Labuan. Ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh PK Nurul Asikin Mohd Yusof@Daud bertajuk “Kesan Perubahan Iklim Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan” kepada para peserta yang terdiri dari penjawat awam dan swasta di Jabatan Kesihatan W.P. Labuan. Pameran Alam Sekitar telah dilaksanakan dengan mempamerkan perkara berkaitan E-Waste, Pembakaran Terbuka, Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) dan pengedaran risalah alam sekitar. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya bermula dari jam 7:30 pagi hingga 12:00 tengahari. JASWPL merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan di atas komitmen jitu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Julai_2024
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup