Oleh mansah · 05/06/2024 · 0 paparan
PROGRAM "BEACH CLEANING" ANJURAN INTERWELL MALAYSIA SDN BHD DENGAN KOLABORASI BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) , ESSEM CORPORATION SDN BHD, EXPRO MALAYSIA SDN BHD, GEOWELL MALAYSIA SDN BHD DAN WELTEC MALAYSIA SDN BHD DI SEASPORT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2024. 5 Jun 2024, WP Labuan - Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 dengan bertemakan “Land Restoration, Desertification & Drought Resilience", JASWPL dan Interwell Malaysia Sdn Bhd serta beberapa rakan strategik lain telah bekerjasama dalam menganjurkan Program "Beach Cleaning" di Seasport WPL. Program Beach Cleaning ini telah dirasmikan oleh Pengarah JASWPL iaitu Encik Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA. Objektif program ini adalah untuk memelihara dan melestarikan alam sekitar di samping melakukan aktiviti riadah dan beramah mesra bersama para peserta. Program Beach Cleaning ini telah mendapat penyertaan seramai 70 orang peserta. JASWPL turut membuka 'booth' pameran dan pendaftaran untuk keahlian Rakan Alam Sekitar. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Interwell Malaysia Sdn Bhd, ESSEM Corporation Sdn Bhd, EXPRO Malaysia Sdn Bhd, GEOWELL Malaysia Sdn Bhd dan Weltec Malaysia Sdn Bhd di atas program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_jun_2024
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup