PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan,— Program Penguatkuasaan

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)

JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN 08/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Lokasi
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Penerangan

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) W.P. LABUAN, 8 Jun 2024- Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan Industri, Sungai, Belukar, Kampung-Kampung, Paya Bakau dan Pantai. Hasil pemantauan dan rondaan OMPT serta udara tiada aktiviti pembakaran terbuka sama ada kebakaran hutan, belukar, dan tanah individu ditemui. Pemantauan di kawasan industri di sekitar WPL turut dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut. Rondaan juga diteruskan ke kawasan pantai, sungai dan paya bakau bagi mengesan jika terdapat kehadiran kesan-kesan pencemaran seperti Tar Ball, Oil Sheen dan lain-lain pencemaran. Hasil rondaan mendapati tiada kesan pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan ditemui. Orang ramai juga adalah diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_jun_2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan