PENGUATKUASAAN PERATURAN 16
DI STESEN BAS AWAM UTC, WILAYAHPERSEKUTUAN LABUAN
20 JUN 2024 (KHAMIS) – Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Matikan Enjin yang diperuntukan di bawah Peraturan 16, peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Penguatkuasaan ini dijalankan bagi memastikan kenderaan motor yang berada di kawasan tertutup atau separa tertutup tidak boleh menghidupkan enjin melebihi tempoh 3 minit dalam keadaan tidak bergerak.
Selain dari itu, pegawai penguatkuasa JASWPL juga telah mengedarkan risalah bagi kenderaan berenjin diesel, kenderaan berenjin petrol dan juga larangan pembakaran terbuka kepada pemandu kenderaan awam dan juga orang awam yang berada di kawasan stesen bas awam UTC.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian hotline 010-2708772 atau ke portal aduan https://
[email protected].
Sekian dan terima kasih.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_jun_2024