Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM ISLAND CLEANING EXPLORACE (ICE) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL), PERBADANAN LABUAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PL) & JABATAN BELIA DAN SUKAN (JBS) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2024 DI PANTAI UMSKAL, WP. LABUAN.
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL) KERJASAMA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Penerangan
Program Island Cleaning Explorace (ICE) 2024 di Kawasan Pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bertujuan meningkatkan kesedaran penjagaan kawasan pantai dan persekitaran marin yang bersih.
Ia hasil inisiatif Persatuan Mahasiswa Fakulti Komputeran dan Informatik Kampus Antarabangsa Labuan, Kelab Sukarelawan Siswa UMSKAL dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.
Program dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan, Zuldfazli Zakaria.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama.
Sebanyak empat kumpulan yang ahlinya terdiri daripada gabungan mahasiswa UMSKAL, Rakan Alam Sekitar dan Rakan Muda telah menyertai program itu.