Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

Oleh nursyuhada · 25/10/2024 · 0 paparan

14 OKTOBER 2024, MELAKA - Sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Melaka pada 10hb Oktober 2024. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama SMK Durian Tunggal, Melaka dan Meriahtek (M) Sdn Bhd. Seramai 230 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru, agensi kerajaan dan pihak swasta telah menyertai program tersebut. Sambutan Hari Ozon Sedunia telah dirasmikan oleh En Rosli Bin Mustafa, Pengarah JAS Melaka dengan kehadiran wakil Pejabat Pelajaran Daerah, Pengerusi PIBG dan Guru Penolong Kanan serta pihak pengurusan SMK Durian Tunggal. Antara pengisian sambutan Hari Ozon tersebut adalah sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JAS Melaka, En Mohd Suhaimi B. Azmi dengan tajuk Pengenalan Penipisan Ozon, Perundangan dan Perlaksanaan Protokol Montreal. Dalam pada itu, demonstrasi penggunaan alat refrigerent Identifier (RI) oleh Unit Kenderaan Bermotor (UKB), JAS Cawangan Taboh Naning turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua yang hadir. Selain itu, enam (6) reruai pameran yang terdiri daripada JAS Melaka, UKB JAS Cawangan Taboh Naning, Sek Keb Tun Razak, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Meriatek (M) Sdn Bhd dan SWM Environment Sdn Bhd. telah disediakan sepanjang sambutan program tersebut. Program pengumpulan sisa barangan “household e-waste” juga turut diadakan melibatkan pelajar dan kakitangan sekolah. Sebanyak 1,138 kg e-waste telah berjaya dikumpulkan. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Penganjur
JAS MELAKA
Fail / Media (15)
  • 20241610091943175.jpg .jpg Buka
  • 20241610091952024.jpg .jpg Buka
  • 20241610092007699.jpg .jpg Buka
  • 20241610092017181.jpg .jpg Buka
  • 20241610092025629.jpg .jpg Buka
  • 20241610092038013.jpg .jpg Buka
  • 20241610092048776.jpg .jpg Buka
  • 20241610092123164.jpg .jpg Buka
  • 20241610092136544.jpg .jpg Buka
  • 20241610092150461.jpg .jpg Buka
  • 20241610092159612.jpg .jpg Buka
  • 20241610092216645.jpg .jpg Buka
  • 20241610092229810.jpg .jpg Buka
  • 20241610092250222.jpg .jpg Buka
  • 20241610092304451.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS