PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PROGRAM HI-PICKING (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT DUNIA TAHUN 2024 DI CHIMNEY TRAIL, TANJUNG KUBONG WP. LABUAN.

JAS WP LABUAN 08/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM HI-PICKING (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT DUNIA TAHUN 2024 DI CHIMNEY TRAIL, TANJUNG KUBONG WP. LABUAN.
Tahun
2024
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

Penerangan

8 Jun 2024, WP Labuan - Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 dengan bertemakan “Land Restoration, Desertification & Drought Resilience", Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah bekolaborasi bersama Muzium Chimney, WP Labuan dengan mengadakan program Hi-Picking (KUDAH) bersama Rakan Alam Sekitar WPL bagi tahun 2024. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan sekaligus melibatkan Rakan Alam Sekitar (RAS) secara langsung dalam aktiviti kebersihan dan pemuliharaan alam. Program ini telah disertai oleh 94 Peserta yang terdiri daripada orang awam dan pelajar sekolah. Anggaran berat sampah-sarap yang telah dikutip adalah 46 Kg. Program ini turut dibantu oleh Agensi Pertahanan Awam untuk persediaan bantuan kecemasan. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Muzium Chimney WP, Labuan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_jun_2024