Penerangan
15 OKTOBER 2024, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan penguatkuasaan AKAS 1974 ke atas premis pembuatan produk elektrik & elektronik di Kawasan Perindustrian Tiram Utama, Ulu Tiram, Johor.
Premis didapati tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 & Seksyen 49A yang terkandung di dalam AKAS 1974.
Tindakan Notis Arahan & Kompaun akan diberikan sebagai amaran tegas kepada premis ini.
Pihak industri diingatkan bahawa Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Johor akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pihak industri mematuhi AKAS 1974 & Peraturan-peraturan dibawahnya.