Penerangan
14 OKTOBER 2024, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan siasatan ke atas premis pembuatan karbon teraktif di Kawasan Perindustrian Sungai Tiram, Johor Bahru.
Semasa siasatan dijalankan, pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis ini tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Tindakan tegas Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi premis mengambil langkah mitigasi & kawalan serta-merta.
'PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'