28 September 2024 (Sabtu), Petaling – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan Petaling, Petaling Jaya dan Subang Jaya.
Hasil pemantauan mendapati kebanyakan premis beroperasi untuk separuh hari. Tiada aktiviti pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sekitar kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.