Penerangan
28 September 2024, S.K Taman Melawati 2 - Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak telah menganjurkan program pengumpulan e-waste dengan kerjasama MSM Prai Berhad, TM Recycle serta S.K Taman Melawati 2 bertempat di perkarangan sekolah tersebut.
Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam.
Untuk info/lokasi lanjut pusat pengumpulan, boleh juga rujuk website e-waste iaitu: https://ewaste.doe.gov.my/ serta muat turun aplikasi "MyEwaste" pada telefon bimbit di Play Store atau Apps Store anda.