Penerangan
13 Oktober 2024, Kuala Kubu Bharu – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Puan Nor Aziah Binti Jaafar telah hadir bagi menyantuni program Karnival Alam Sekitar 2024 anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau bertempat di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu. Karnival ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor.
Karnival ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan plastik, pengunaan dan penghasilannya serta pembudayaan amalan hidup secara lestari.
Antara aktiviti yang diadakan semasa karnival adalah pameran dan bengkel interaktif berkaitan kesedaran alam sekitar serta pasar eko. JAS Negeri Selangor juga telah turut serta dalam pameran bagi menyampaikan informasi dan kesedaran berkaitan alam sekitar untuk masyarakat di kawasan Kuala Kubu Bharu.