PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

PROGRAM KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH (KUDAH) DAN PROGRAM PLASTIC BUSTERS BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) DI PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR

normuhamad 15/10/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH (KUDAH) DAN PROGRAM PLASTIC BUSTERS BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) DI PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR
Tahun
2024
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR

Penerangan

12 Oktober 2024, Kuala Selangor - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Canon Opto (M) Sdn Bhd, Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd, Shanghai Electronic Group Co. Ltd dan UiTM RAS Student Chapter selaku Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) telah bersama-sama menganjurkan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Program Plastic Busters yang bertempat di Pantai Remis, Kuala Selangor. Program ini merupakan antara program sisipan yang dijalankan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan jalinan kerjasama yang baik di antara agensi, pihak industri, komuniti dan semua lapisan masyarakat dalam menyampaikan mesej alam sekitar tanggungjawab bersama. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAS Negeri Selangor, RSAS dan RAS telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang turut diadakan adalah pertandingan kutipan sampah terbanyak serta edaran beg kitar semula kepada komuniti setempat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan