29 September 2024, Sepang – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan rondaan di kawasan Salak Tinggi, Kota Warisan, Serenia, Jalan Dengkil - Cyber, Jalan Cyberjaya - Puchong, Persiaran APEC, Jalan Pulau Meranti, Taman Industri Meranti Jaya, Taman Perindustrian Meranti Jaya, Kawasan Perindustrian Meranti Permai, Kawasan Industri Taman Mas, Taman Perindustrian Putra, Aman Putra dan Putra Perdana. Hasil siasatan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi pada cuti hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan sebarang kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.