Koleksi Gambar / — Program Pengawasan,— Program Penguatkuasaan,Peralatan Teknikal
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PENCEGAHAN PENCEMARAN MENGGUNAKAN PESAWAT UDARA TANPA PEMANDU (DRONE)
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- Daerah Hulu Langat
Penerangan
8 Oktober 2024 (Isnin), Daerah Hulu Langat - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah menjalankan siasatan bagi aduan pembakaran terbuka dan pemantauan dari ruang udara menggunakan drone. Pemantauan turut dijalankan di kawasan-kawasan industri di Dearah Hulu Langat.
Hasil pemantauan dan pemerhatian mendapati terdapat aktiviti pembakaran terbuka dikesan di kawasan industri dan JAS terus menjalankan serbuan ke atas petunjuk yang diterima bagi siasatan selanjutnya.
Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pemantauan punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Pemerhatian lanjut telah dijalankan dan mendapati bahawa tiada aktiviti pencemaran atau aktiviti pembakaran terbuka dikesan disekitar kawasan rondaan.
Orang ramai boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Bagi kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka aduan boleh juga dibuat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.