Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan,Kes-kes Alam Sekitar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN HARIAN RONDAAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SEPANG PADA 20 SEPTEMBER 2024
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Sepang, Selangor
Penerangan
SIASATAN ADUAN BERKENAAN PENCEMARAN DARI AIR LOJI KUMBAHAN YANG BERPUNCA DARI MAEPS SERDANG KE SEL WETLAND UPPER NORTH 6 (UN6)
Aduan telah diterima dari PPj berkaitan pencemaran air berwarna hitam dan berbau di laluan ke SEL SEL WETLAND UPPER NORTH 6 (UN6) yang disyaki berpunca dari Loji kumbahan persendirian milik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dahulu nya di urus oleh Pihak Mardi Corporation Sdn Bhd..
Siasatan di jalankan di Loji Kumbahan pada 20 September 2024 sekitar jam 3.30 Petang.
Hasil siasatan dilokasi mendapati terdapat 1 loji kumbahan ( HUMAN SERVICE CENTRE MODEL EA-200 ). Keseluruhan pengoperasian loji didapati beroperasi dan tiada sebarang overflow yang dikesan. Loji disyaki telah mengalami masalah teknikal kerana pengunjung yang hadir ke MAHA 2024 adalah melebihi jangkaan yang mana lebih kurang 300 ribu pengunjung dalam tempoh satu hari. Loji tersebut adalah berhampiran Hall D dan berkapasiti 1200 PE. Pemerhatian di bahagian loji (aeration tank) beroperasi dengan baik.
Pihak premis juga telah diarahkan untuk mengemukakan pelan jangka pendek sehingga program MAHA 2024 selesai yang mana akan berakhir pada 22 September 2024 ini. Loji ini telah dibuat serahan sepenuhnya kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 September 2024 yang lalu dan tidak dioperasikan lagi oleh Pihak Mardi Corporation Sdn Bhd.
Pihak KPKM juga dalam proses bagi mengambil kontraktor bagi mengawasi loji tersebut dan menjalankan pemantauan prestasi ke atas loji yang disebutkan.
Pemeriksaan juga turut mendapati bahawa terdapat punca pencemaran lain yang dikenalpasti iaitu dari aktiviti FNB (cucian dari peniaga peniaga makan) yang tidak dirawat melalui grease trap dan ianya diluar bidangkuasa Pihak Jabatan.
Pihak SPAN, Perbadanan Putrajaya, LUAS serta ASMA juga turut hadir di tapak bagi membuat pemeriksaan tentang aduan tersebut dan mengambil tindakan dibawah bidangkuasa masing masing.
Tiada sebarang persampelan dijalankan di takat akhir. Ulang lawat akan dilakukan dalam masa terdekat untuk membuat persampelan rasmi bagi pematuhan PPKAS (Kumbahan)2009.
1 FC juga telah dikeluarkan dilapangan bagi tindakan baik pulih dan langkah langkah kawalan.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.