PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Program Kesedaran JAS,— Sesi Libat Urus

PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SERTA CERAMAH KITAR SEMULA (E-WASTE) DI SAPURA ENERGY BERHAD

normuhamad 14/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SERTA CERAMAH KITAR SEMULA (E-WASTE) DI SAPURA ENERGY BERHAD
Tahun
2024
Organisasi
Sapura Energy Berhad
Lokasi
Seri Kembangan, Selangor

Penerangan

20 September 2024, Seri Kembangan, Selangor Sempena Program "E-Waste Collection Day 2.0", Sapura Energy Berhad telah menganjurkan program pengumpulan e-waste yang telah disertai oleh kakitangan syarikat tersebut. Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif pihak Sapura Energy Berhad dalam memastikan pengurusan e-waste oleh kakitangan syarikat diurus mengikut kaedah yang betul serta mesra alam. Selain itu, Sapura Energy Berhad turut menyediakan slot ceramah e-waste yang telah disampaikan oleh Encik Omar bin Mohd Amir, Penolong Jurutera JAS Negeri Selangor kepada kakitangan syarikat yang dihadiri secara fizikal dan secara atas talian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Sapura Energy Berhad di atas inisiatif yang telah dijalankan ini. Untuk info/lokasi lanjut pusat pengumpulan, boleh juga rujuk website e-waste iaitu: https://ewaste.doe.gov.my atau muat turun aplikasi "MyEwaste" di Play Store atau Apps Store telefon bimbit anda.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan